ISO 9001:2008… Apa Peranan Saya?

Memahami maksud pensijilan ISO 9001:2008.

  • Memahami kenapa pensijilan tersebut perlu.
  • Memahami Dasar Kualiti, Objektif Kualiti dan skop pensijilan.
  • Memastikan anda telah mendokumenkan tugas-tugas anda. Semak fail meja, carta aliran tugas dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tugas anda.
  • Jika anda terlibat dengan prosedur kualiti ISO 9001:2008, dapatkan prosedur kualiti yang terkini.
  • Kenalpasti langkah-langkah yang berkaitan dengan tugas anda.
  • Laksanakan langkah-langkah tersebut sebagaimana yang telah digariskan.
  • Simpan rekod-rekod yang berkaitan untuk diaudit.
  • Menunjukkan rekod-rekod kualiti kepada pegawai audit apabila diminta.

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan ISO. Bilakah ISO wujud. Siapakah yang bertanggungjawab dalam kewujudannya…

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) atau International Organization for Standardization merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia. Pertubuhan ini mengeluarkan standard (piawai) industri dan komersial.

Kenapa ia dikenali ISO?

Ini kerana International Organization for Standarization akan disebut singkatan yang berbeza-beza oleh setiap negara yang berbeza-beza bahasa. Sebagai contoh di Perancis ia diterjemahkan dalam bahasa perancis menjadi OIN (Organisation Internationale de Normalisation) dan begitu juga di negara lain. Istilah ISO sebenarnya berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘ISOS’ yang bermaksud ‘sama’ atau ‘equal’ dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian akhirnya ia diputuskan untuk menggunakan istilah ISO sahaja di semua Negara.

Kenapa Standardisasi begitu penting?

Standardisasi akan memudahkan segala urusan seperti hal yang berkaitan dengan urusan perdagangan antarabangsa dan membuatkan urusan berkenaan lebih adil. Standard antarabangsa juga akan menjadi pemangkin untuk teknologi dan teknik pengurusan yang lebih baik antara sesebuah negara maju dengan negara membangun. Ianya juga akan memberi jaminan kepada pengguna dan meningkatkan kualiti hidup sesebuah masyarakat.

Bagaimana sejarah wujudnya ISO?

Pada bulan Oktober 1946, delegasi dari 25 negara bertemu di Institute of Civil Engineering London dengan tujuan untuk mewujudkan sebuah koordinasi antarabangsa dan penyatuan standard perindustrian. Pertemuan tersebut telah mewujudkan sebuah organisasi antarabangsa dan ianya dikenali sebagai International Organization for Standarization (ISO). Organisasi ini dengan rasmi beroperasi pada 23 Februari 1947.

Pada tahun 1947, satu perjumpaan di Paris telah berlangsung dimana mesyuarat itu telah membentuk 67 ISO Technical Commitee yang membahas tentang pelbagai bidang. Pada tahun 1950-an, Technical Commitee tersebut telah menghasilkan “Cadangan ISO”.

Diantara tahun 1950 dan 1960, negara-negara membangun telah menjadi anggota ISO. Dan pada tahun 1971 hasil kerja dari Technical Committee telah diperkenalkan dan bukan lagi sebagai cadangan sahaja tetapi sebagai sebuah Standard Antarabangsa. Hal ini seiring dengan peningkatan urusan perdagangan antarabangsa.

Pada tahun 1979, ISO Technical Commitee (TC) 176 telah dilaksanakan iaitu untuk ‘pengurusan mutu’ dan ‘Quality Assurance’. Dengan kewujudan jawatankuasa teknikal inilah yang melahirkan keluarga ISO 9001 yang merupakan salah satu standard yang paling terkenal di dunia.

Standard yang pertama telah dikeluarkan oleh ISO/TC 176 adalah ISO 8402 (1986) iaitu Standardisasi Terminologi Pengurusan Mutu. Kemudian ia diikuti ISO 9001 pada tahun 1987, seterusnya ISO 9002 dan ISO 9003, yang memberikan persyaratan sistem pengurusan untuk berbagai organisasi dengan ruang lingkup yang berbeza-beza. Standard-standard ini kemudian dikenali dengan ISO 9004.

Pada bulan Disember 2000, ISO telah membuat semakan semula ISO 9001, ISO 9002, dan ISO 9003 menjadi standard ISO 9001. Untuk membezakan dengan versi ISO 9001 awal, maka standard yang telah digabungkan itu disebut sebagai ISO 9001:2000 (“2000” menunjukkan tahun semakan). Versi terbaru dari ISO 9001 adalah ISO 9001:2008, diterbitkan pada November 2008 untuk mengganti ISO 9001:2000. Ini merupakan salah satu standard popular, maksudnya masih banyak lagi keluarga standard ISO 9001 yang lain.

Perlu diingat bahawa keluarga ISO 9000 tidak semestinya angka 9000, justeru sebagian besar standard keluarga ISO 9000 ditulis pada ‘range’ angka 10.000.

Ketika ini ISO merupakan organisasi yang membangun dan menerbitkan standard antarabangsa terbesar di dunia. Antara tahun 1947 hingga ke hari ini, ISO telah menerbitkan lebih dari 16.500 standard antarabangsa. Jaringan ISO saat ini terdiri dari badan-badan standard antarabangsa di lebih dari 150 negara. Satu anggota untuk satu negara, dengan pusat sekretariat di Geneva, Swiss. Selain ISO 9001, terdapat juga ISO popular yang lain iaitu Sistem Pengurusan Persekitaran ISO 14000, dan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan ISO 22000.

Sumber: http://www.iso.org/

This entry was posted in Ilmuku. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.